Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi & struktur tanah – TPM | The Reporter

Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi & struktur tanah – TPM

Sumber Gambar : JBPM KL

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan dalam pencarian seorang pelancong dari India, Vijayaletchumy yang hilang terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Mengulas kejadian tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kejadian berkenaan disebabkan oleh faktor geografi dan struktur tanah kawasan tersebut.

Jelasnya, struktur tanah berbatu kapur di kawasan berkenaan telah mempengaruhi pergerakan air bawah tanah dan menyebabkan tanah menjadi tidak stabil dan akhirnya mengakibatkan tanah jerlus.

Katanya, situasi tanah jerlus ini sukar dijangka dan bukan hanya berlaku di dalam Malaysia sahaja.

“Bukan sahaja di Malaysia, tetapi fenomena ini juga berlaku di seluruh dunia, terutama di kawasan yang mempunyai batu kapur dan keadaan geologi tertentu,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita dari India dilaporkan terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah kuil berhampiran di Jalan Masjid India.

Mereka sekeluarga dikatakan sudah dua bulan melancong ke negara ini dan bercadang untuk pulang ke India semalam.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts