Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Nama pempengaruh Zhiddin cukup dikenali ketika ini kerana sering menuturkan kata-kata puitis dan santunan bahasa yang cukup indah dan tersusun.
Rata-rata terpegun dengan susunan ayat yang dipertuturkan persis bapanya, Allahyarham Aziz Desa.
Dalam satu hantaran video di TikTok, Zhiddin berkongsikan kepada penonton dalam satu acara, menyatakan kecenderungan bapanya yang membuatkannya ikhlas dalam mempelajari bidang bahasa.
“Keikhlasan saya dalam bidang ini kerana kecenderungan dari ayah saya. Saya dididik apabila kita bercakap tentang bahasa, sebenarnya kita bercakap tentang kehidupan.
“Apabila saya bercakap tentang bahasa, saya membayangkan bagaimana ibu dan ayah saya benar-benar kalau bercakap mahu memartbatkan bahasa, mereka benar-benar mengamalkan dalam sanggar.
“Saya seawal darjah dua, darjah tiga, dah mampu hafal Sajak Anak Jiran Tionghua karya Usman Awang,” katanya.
Allahyarham Aziz Desa telah meninggal dunia pada Ahad, 27 Disember 2015 di kediamannya di Taman Seri Dayang, Mukim Kuah, Langkawi.
Anak sulung Aziz iaitu Zharif Zhafri Aziz Desa kini mengikut jejak Allahyarham bergelar wartawan dan juga penyampai Buletin TV9.