'Kecoh sangat pasal rating' - Tyzo dedah rating Suria Petang 4 kali di tangga teratas - The Reporter

‘Kecoh sangat pasal rating’ – Tyzo dedah rating Suria Petang 4 kali di tangga teratas

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dalam sidang media Jumaat lalu, Pengerusi Star Media Group Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse memaklumkan, kemenangan bekas penyampai radio, Tyzo, sebagai Penyampai Radio Popular ABPBH 2023, tidak memberikan impak, malah data menunjukkan rating bagi segmen kendalian Tyzo iaitu Suria Petang juga menurun.

“Kesan kemenangan Tyzo pada ABPBH 35 memang tiada, bahkan jumlah pendengar semakin menurun dan itu kenyataannya,” katanya.

Berbanding dengan segmen Suria Cinta pada sebelah malam yang dikendalikan oleh DJ Lin mencatatkan rating tinggi pada setiap minggu.

Susulan itu, Tyzo melalui hantaran di Instagram semalam mendedahkan rating sebenar bagi segmen yang dimaksudkan.

“Kecoh sangat pasal rating, biarlah gambar berbicara. Ini data rating jumlah pendengar.

“Alhamdulillah bagi tahun 2022 hingga 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang empat kali survey berturut-turut.

“Gambar tersebut dibentang dan ditulis tangan sendiri di whiteboard oleh General Manager (GM). Sekian,” katanya.

Terdahulu, sidang media Suria FM pada Jumaat lalu menjelaskan pihaknya tidak menyambung kontrak Tyzo atas sebab dia dianggap tidak berminat untuk terus bersama dengan Suria.

Datuk Aminuddin turut menegaskan DJ Lin adalah mangsa sebenar. Sedangkan DJ Lin kakitangan yang taat setia, berdedikasi dan tiada sebab untuk dipecat kerana prestasi kerjanya yang bagus.

Sumber: Instagram Tyzo

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!