Seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Dr. Nurul Ain yang kini berada di Semenanjung Gaza meminta rakyat Malaysia supaya lebih sensitif dengan keadaan semasa yang berlaku di sana.
Beliau meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan rakyat Malaysia yang didakwa menghubunginya semata-mata hanya mahu mendengar bunyi bom di sana.
“Saya nak minta tolong jangan call saya nak minta dengar bom. Boleh tak sensitif dengan benda ni. Korang ingat benda tu main-main ke nak dengar bom?
“So korang doakan kitorang nak kena bom ke apa sekarang ni? Keadaan sangat susah dan genting,” katanya
Dalam hantaran tersebut juga dia meminta rakyat Malaysia supaya bersyukur dengan segala nikmat yang tersedia.
“Nikmatilah tidur dengan lena dan nikmati keadaan tenang. Korang tak rasa apa yang saya rasa dan hadap. Bersyukurlah negara kita masih aman,” katanya.
Dia turut berkongsikan kejadian ketika dia mahu membeli barang bantuan, dia terpaksa berpatah balik kerana mendengar bunyi bom.
Terdahulu, Wisma Putra menghubungi Dr Nurul Ain yang berasal dari Kota Bharu dan berkahwin dengan seorang warga Palestin. Wisma Putra menerusi kedutaan sudah menasihati Dr Nurul Ain sekeluarga meninggalkan Tebing Barat dengan segera sementara sempadan keluar ke Jordan masih dibuka ketika itu.
Bagaimanapun, Dr Nurul Ain melalui pesanan ringkas pada 11 Oktober, jam 2.15 petang waktu tempatan memilih untuk kekal berada di Tebing Barat buat masa kini.
Sumber: Nurul Ain, Berita Harian