'Kau sentuh aku lagi, siap kau!' - TikToker kena marah sebab buat prank sentuh orang - The Reporter

‘Kau sentuh aku lagi, siap kau!’ – TikToker kena marah sebab buat prank sentuh orang

Fenomena prank di tempat awam oleh pempengaruh media sosial semakin menjadi-jadi. Ada yang menganggapnya sebagai hiburan, namun ada juga yang merasakan ia melampaui batas.

Seorang TikToker, Hazrael, baru-baru ini dikecam netizen kerana membuat konten prank yang melibatkan sentuhan fizikal terhadap orang awam. Kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang.

https://www.tiktok.com/@hazraelofficialsrec/video/7370969907372051728

Hazrael dengan tanpa rasa bersalah, telah menyasarkan seorang lelaki asing sebagai mangsa pranknya.

“Hari ini aku kat Mekdi Bukit Bintang, hari ini apa aku nak buat? Disebabkan diorang tak nak boikot Mekdi, aku nak kacau diorang time diorang beli. Let’s go!” kata Hazrael.

Dituduh penyeluk saku

Namun, tindakannya itu tidak diterima baik oleh lelaki tersebut. Dia memberi amaran kepada Hazrael dan meminta orang ramai berhati-hati dengan Hazrael yang disyaki sebagai penyeluk saku.

“Kau sentuh aku lagi, siap kau. Berambus! Jangan sentuh aku!

“Berhati-hati dengan penyeluk saku ini!” kata lelaki itu dengan nada yang tegas sebagai peringatan kepada orang di sekelilingnya.

https://www.tiktok.com/@hazraelofficialsrec/video/7370981379397471489

Hazrael kelihatan terkejut dengan reaksi tersebut, menafikan tuduhan tersebut.

“Aku bukan penyeluk saku bro. Dia kata aku penyeluk saku. Let’s go,” katanya sebelum meninggalkan lokasi.

Memang patut dia marah

Tinjauan di ruang komen menunjukkan ramai netizen mengecam tindakan Hazrael. Mereka berpendapat bahawa sentuhan fizikal terhadap orang yang tidak dikenali adalah tidak beradab dan melanggar norma sosial.

“Kau tak sepatutnya sentuh orang sesuka hati. Memang padanlah dia marah. Jangan buat dekat Mat Saleh. Humor level dia tak sama dengan kita. Itu boleh dikategorikan sebagai biadab bagi diorang,” kata netizen.

“Bang, boikot itu pilihan. Ituhak masing-masing nak boikot atau tak. Kita tak boleh paksa. Kau sentuh-sentuh itu pun dah kira gangguan. Record random people pun dah salah,” tambah netizen lain.

Apabila ditanya mengenai motif di sebalik konten tersebut, Hazrael menjawab bahawa ia hanyalah sekadar suka-suka.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!