'Kau nak gaduh dengan aku?! Pecah muka kau nanti!' - Rider pizza menunggang melawan arus | The Reporter

‘Kau nak gaduh dengan aku?! Pecah muka kau nanti!’ – Rider pizza menunggang melawan arus

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular video seorang penunggang motosikal yang memarahi pemandu kereta selepas kedua-dua pihak nyaris berlanggar dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasinya.

Berdasarkan video tular, penunggang motosikal terbabit dilihat menunggang secara melawan arus. Dalam masa yang sama, pengadu mahu keluar dari parkir dan nyaris melanggar motosikal tersebut.

Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, penunggang berkenaan membuat pusingan U dan datang semula memarahi pengadu dan melemparkan kata-kata berbaur pergaduhan atau ancaman.

https://twitter.com/update11111/status/1805916603449790890

“Kau apa hal?! Kau nak gaduh dengan aku?! Kau rilek! Kau rilek! Pu##mak kau ni! Aku pecah muka kau nanti!” katanya.

Bagaimanapun pengadu cuba menjelaskan bahawa jalan tersebut merupakan jalan sehala dan dia tidak sepatutnya menunggang melawan arus. Malah, dia memaklumkan dia langsung tidak marah seperti yang dikatakan lelaki itu.

Tiada sebarang sentuhan fizikal yang berlaku. Di ruangan komen, netizen menggesa pengadu membuat aduan kepada Domino’s agar kakitangannya itu dikenakan tindakan atas sikapnya yang agresif serta mengancam orang awam ketika bertugas.

“Dia yang tak rilek. Report je bang, bukti udah ada. Terjerit-jerit suruh orang rilek, padahal dia sendiri tahu yang dia salah besar,” kata netizen.

“Siapa yang tak rilek? Selamba je nak pecahkan muka orang. Sendiri buat salah, nak salahkan orang. Belum jumpa buku dengan ruas,” tambah netizen lain.

Related Posts