'Kau ingat kau seorang je boleh record video?' - Wanita marah pemandu bas tak benarkan dia masuk ketika bas berhenti - The Reporter

‘Kau ingat kau seorang je boleh record video?’ – Wanita marah pemandu bas tak benarkan dia masuk ketika bas berhenti

Satu rakaman video tular memaparkan seorang wanita sedang memarahi pemandu bas yang didakwa menghalangnya untuk menaiki bas.

Kata wanita itu, ini bukan kali pertama dia menaiki bas dan melihat bas berkenaan berhenti lama di sebuah perhentian.

“Hanya kerana saya gunakan pengangkutan awam, korang buat tepi jalan macam ni. Korang rendahkan public transpot macam ni ke?” soalnya.

Walaupun sudah dijelaskan oleh pemandu bas berkenaan mengenai masa tertentu untuk operasi bas berjalan, namun wanita tersebut masih tidak berpuas hati dan meminta nombor telefon pegawai khidmat pelanggan untuk membuat aduan.

“Saya bukan naik bas ni first time la. Mana ada orang berhenti time orang kosong macam tu,” katanya.

Dalam pada itu kata netizen, apa yang dilakukan oleh pemandu wanita berkenaan adalah tindakan yang betul. Semasa bas berhenti di perhentian, penumpang tidak dibenarkan berada di dalam bas.

Selain itu, pemandu wanita ini juga dipuji kerana bersikap sabar dan masih bertutur dengan lembut dalam melayan kerenah penumpang.

Sumber: Malaysia Most Viral

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!