Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Fattah Amin baru-baru ini membuat keputusan untuk menolak komisen jualan kambing perap jenama PakMat Western, yang dipercayai berjumlah RM90,000. Sebaliknya, beliau meminta pihak berkenaan menginfakkan kesemua komisen tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Perkara ini didedahkan oleh pihak PakMat Western melalui muat naik di media sosial yang memperlihatkan perbualan mereka bersama Fattah di dalam group WhatsApp.
Difahamkan, Fattah berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Namun begitu, tindakan Fattah ditegur oleh seorang pempengaruh TikTok, Pok Teh, yang menyifatkan perbuatan bekas suami Fazura itu menolak komisen tersebut sebagai kurang bijak.
“Dalam keadaan dia tengah ada masalah rumah tangga, dia boleh tolak income RM90,000. Bro, kau ni biar betul? Jarang orang tengah down boleh tolak bulat-bulat.
“Macam kau ni bukannya level T20. Nak kira kau dengan aku, level kau bawah sikit daripada aku ni atas sikit. Tapi aku tak tolak income masuk, penat kita bekerja, hasil titik peluh. Jadi, kena terima juga walaupun RM1,000 ke, RM2,000 ke, apatah lagi RM90,000.
“Fattah Amin, kau ni tak ada akal ke? Aku nak menasihatkan pun, kau dengan aku siapa? Aku pun tak kenal kau. Kalau kira rupa, aku lagi handsome daripada kau. Cuma gigi aku je rongak sikit. Tapi kalau aku pakai braces, gigi aku okay, memang kau ketinggalan jauh.
“Macam ni lah, kalau rasa kau tak boleh terima income, kau tak payah buat kerja. Kesian kau dah penat-penat bekerja, orang bayar gaji kau tolak,” katanya.
Kenyataan Pok Teh tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di ruangan komen. Ada yang menegur Pok Teh dan merasakan beliau tidak sepatutnya membuat teguran tersebut, sementara ada juga yang berpendapat mungkin terdapat maksud tersirat di sebalik kenyataan itu.