Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tiga individu dilaporkan maut dalam kejadian pesawat ringan terhempas di jalan di Elmina, Denai Alam, hari ini.
Video yang sedang tular di media sosial menunjukkan sebuah kapal terbang rentung dan jalan raya dipenuhi dengan kesan terbakar.
Turut dikesan sebuah motosikal yang juga rentung dalam kejadian itu.
Ekoran kejadian itu, laluan di lokasi tersebut telah ditutup kepada semua kenderaan.
Info info elmina ada kapal terbang terhempas pic.twitter.com/zSlMKKbGdN
— シャザニ (@syzni_azmn) August 17, 2023
Menurut saksi yang berada di lokasi, pemilik motosikal berkenaan juga dilaporkan maut dalam kejadian itu.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.
Gambar di lokasi kejadian








VIdeo kejadian yang dirakam orang awam boleh ditonton di Telegram The Reporter
Sementara itu menurut seorang saksi kejadian, dia ternampak pesawat berkenaan dalam keadaan senget dan tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat.
Syahmi, 31, berkata, dia pada awalnya menyangka kilang terbakar tetapi sebaik saja tiba di lokasi, dia mendapati pesawat tersebut telah berkecai.
Lebih mengerikan, dia turut ternampak seseorang dalam keadaan terbakar tetapi tidak dapat melakukan apa-apa.
Saksi lain di lokasi mendakwa, pesawat itu terjunam dan berlanggar dengan motosikal.

Difaham, pesawat yang terhempas itu dipercayai Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak beberapa jauh dari Lapangan Terbang Subang.
Menurut sumber lain, pesawat itu dalam penerbangan ke Pulau Langkawi dari Subang Jaya.
Sumber: Sinar Harian, Kosmo! Online, Harian Metro








