Satu momen yang cukup menyentuh hati telah dikongsikan seorang wanita apabila secara tidak sengaja terlihat sekumpulan kanak-kanak lelaki menunaikan solat Jumaat hingga ke luar surau, duduk beralaskan jalan tar panas demi menyempurnakan tuntutan ibadah, Solat Jumaat.
Menerusi perkongsian wanita itu, dia terhenti seketika ketika melalui sebuah surau di kawasan Sungai Buloh, dan mengakui rasa hatinya ‘tertampar’ melihat keikhlasan anak-anak kecil itu yang tetap menunaikan solat walaupun tiada ruang berbumbung untuk mereka.
“Akak lalu tepi surau dan terkejut sangat-sangat. Rasa tertampar hati ni.. Solat tak kira di mana…,” luahnya.

Baca juga:
- Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
- Usia 81 tahun bukan penghalang, warga emas berjaya genggam PhD
- Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis
Tambahnya, apa yang paling menyentuh perasaan adalah apabila melihat kanak-kanak duduk antara dua sujud di atas jalan tar, dalam keadaan khusyuk walaupun hanya beralaskan jalan tar.
“Tengok adik duduk antara dua sujud macam ni rasa ngilu.. Tapi adik solat macam biasa… Surau penuh…,” katanya.
Rata-rata netizen mengagumi sikap kanak-kanak itu dan memuji didikan ibu bapa mereka dalam menerapkan kepentingan solat sejak usia muda.
Sumber: Thread Nuraizaamokhtar








