Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan meninggal dunia kerana strok haba.
Mangsa dikatakan telah menerima rawatan di hospital selama empat hari sebelum meninggal dunia Isnin lalu.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin, mangsa berasal dari Bachok dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Kanak-kanak itu menerima rawatan bermula 29 Mac lalu sebelum meninggal dunia pada Isnin lalu akibat strok haba.
“Justeru, kita menasihatkan ibu bapa supaya memantau dan menghadkan aktiviti di luar rumah terutama membabitkan anak-anak kecil ketika musim kemarau,” katanya.
Terdahulu, satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang.
Sebelum ini dilaporkan kematian melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun di Maran, Pahang pada 2 Februari lalu.
Sumber: Berita Harian








