Bukan ayah kandung, tapi melebih-lebih pula | The Reporter

Bukan ayah kandung, tapi melebih-lebih pula

Budak kecil duduk membelakangi kamera dalam suasana gelap, simbolik penderaan atau pengabaian
Gambar hiasan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun didakwa mengalami kecederaan fizikal akibat perbuatan teman lelaki ibu

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikenali sebagai Rayan dilaporkan mengalami kesan luka, lebam dan kesan bakar di beberapa bahagian badan, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Semenyih, Selangor, malam 7 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga kepada lelaki berkenaan dalam laporan polis yang kini tular di media sosial. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 10.30 malam.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada Rayan?

Menurut pengadu, sebaik saja tiba di rumah abangnya, dia terdengar suara Rayan menjerit dan menangis dari dalam bilik. Kanak-kanak itu tinggal di situ bersama ibunya, Siti Safira dan dua adik-beradiknya yang lain, Putera Shakur, 11, dan Puteri Amira, 9.

“Saya masuk ke dalam rumah dan mendapati terdapat kesan lebam dan luka di bahagian muka, kepala, telinga serta kesan bakar menggunakan pemetik api di tangan dan belakang badan Rayan,” tulisnya dalam laporan polis.

Apabila ditanya siapa yang mencederakannya, Rayan menjawab, “Abang saya telah memukul dan menderanya.”

Keadaan mangsa ketika ditemui pengadu

Ketika kejadian, abang pengadu tiada di rumah. Hanya tinggal Siti Safira dan ketiga-tiga anaknya. Dua anak yang lebih tua turut mendakwa suspek telah memukul adik mereka.

Pengadu kemudian mendapatkan bantuan pengerusi penduduk untuk membawa ketiga-tiga kanak-kanak itu ke Balai Polis Semenyih bagi membuat laporan polis. Dalam masa sama, pasangan terbabit dilaporkan pergi ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan mereka sendiri.

Laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan penderaan itu.

Related Posts