Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
INDIA – Video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terbaring di tanah dalam keadaan berlumuran darah, menangis meminta pertolongan selepas diserang lebih kurang 17 ekor anjing liar.
Ibu bapa mangsa, Yesu Kumar, 32, dan Malleswari, 28, yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan harian Rs150 sehari, segera menghantar anak mereka ke hospital kerajaan yang terdekat. Malangnya mangsa disahkan telah meninggal dunia.
“Ibu mangsa telah membuat aduan kepada pihak perbandaran, tetapi tiada sebarang respon yang diterima.
Sementara itu, Pesuruhjaya Perbandaran Guntur, Ramchandra Reddy berkata, pihaknya mengambil maklum dengan insiden yang menimpa kanak-kanak lelaki berkenaan dan mengatakan pihaknya telah mengambil tindakan yang sewajarnya.