'Kami tak gila lagi untuk langkah kubur orang' - TikToker mohon maaf, tampil beri penjelasan | The Reporter

‘Kami tak gila lagi untuk langkah kubur orang’ – TikToker mohon maaf, tampil beri penjelasan

TikToker Keknan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hari lalu, tular satu video menunjukkan dua wanita melangkah sebuah kubur di sebuah tanah perkuburan. Video tersebut mengundang kemarahan netizen yang menganggap tindakan mereka biadab.

Berdasarkan video TikTok berdurasi 37 saat itu, perakam memaklumkan kepada rakannya bahawa orang yang melangkah kubur akan didatangi oleh pemilik kubur itu pada waktu malam.

@sambal.belacan.ch

JANGAN BIADAP DI TANAH PERKUBURAN Kuala Lumpur: Umat Islam perlu menghormati perkuburan seperti yang diajarkan Nabi Muhammad SAW, kata Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Menurutnya, Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baiknya ciptaan dan anak Adam dicipta dengan penuh kemuliaan maka ketika hidupnya dimuliakan dan ketika mati juga dimuliakan. “Oleh sebab itu Nabi SAW menyuruh kita untuk menghormati perkuburan supaya tak melakukan perkara bercanggah dengan agama antaranya khurafat, menyembah dan melangkah kubur begitu juga datang ke kubur tanpa adab dan sebagainya. “Nabi SAW juga mengajar apabila kita datang (atau) berada di kawasan perkuburan kita (perlu) memberi salam kepada ahli kubur,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Terdahulu, rakaman video memaparkan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan tular di media sosial, hari ini mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris pemilik kubur berkenaan. Mohd Izhar berkata, beliau berharap apa yang berlaku seperti dalam video tular membabitkan dua wanita itu dapat dijadikan sebagai pengajaran. “Ia supaya kita tidak melakukan atau tidak bermain dengan perkara membabitkan hukum (berkaitan agama) selain berharap individu itu insaf dan memohon maaf,” katanya. Berita berkaitan Melampau, tak hormat agama dan pemilik kubur Kredit: Harian Metro

♬ original sound – Sambal Belacan CHANNEL – Sambal Belacan CHANNEL

Di ruangan komen, netizen menyelar perbuatan mereka yang tidak beradab dan hilang akhlak.

“Cara pemikiran dan cara budak zaman sekarang berhibur. Mereka sondol dulu baru fikir benda itu baik buruknya kemudian. Malu, adab dan akhlak tolak tepi, jani gembira ini ‘level’ mereka,” kata netizen.

Sedar video tersebut diselar netizen, salah seorang daripada mereka, Keknan, tampil memohon maaf dan menjelaskan kubur yang dilangkah itu bukanlah kubur sebenar. Sebaliknya kubur buatan yang dibuat untuk penggambaran filem seram pendek untuk tayangan di YouTube.

“Kita nak buat satu filem pendek yang baru sebenarnya. Jadi kita buat kubur baru. Tanah itu tanah lapang dan kita korek tanah, papan nisan kita pacak nampak macam kubur. Itu untuk kegunaan penggambaran.

“Saya faham perkongsian saya itu mengundang fitnah. Jangan risau ‘guys’, tiada orang pun dalam kubur itu dan kami pun tak gila lagi untuk melangkah kubur orang. Kami masih tahu adab dan rasa hormat pada orang yang masih hidup atau meninggal dunia.

“Jadi itu penjelasan daripada saya, minta maaf sekali lagi,” katanya yang juga enggan mendedahkan nama produksi yang membuat penggambaran itu.

Sumber: TikTok Keknan, Harian Metro

Related Posts