Susulan isu kontroversi yang berlaku ke atas sebuah pusat amal terkenal, pelbagai pihak tampil membuat pelbagai spekulasi.
Tidak hanya dilaporkan sebagai sebuah pusat amal yang bertindak melakukan eksploitasi ke atas kanak-kanak, nama restoran di bawah GISBH turut terpalit sama.
Beberapa dakwaan mengatakan penyediaan makanan di restoran-restoran milik GISBH diletakkan air rendaman kaki, janggut, bulu dan sebagainya.
Tidak berdiam diri, pekerja-pekerja dari Restoran Ikhwan Delights Sg Penchala, Kuala Lumpur menafikan tuduhan berkenaan.
“Kami menafikan tuduhan yang dibuat dan kami ingin menjawab tuduhan yang dibuat ke atas GISB Holdings.
“Kami sama sekali menafikan tuduhan meletakkan air janggut, air kaki dan sebagainya di dalam makanan,” katanya.
Mereka juga menegaskan berani bersumpah atas nama Allah dan Rasul.
“Jika kami berbohong, Allah akan melaknat kami walaupun dengan isu ini kami akan terjejas dan terkesan.
“Kami berharap masyarakat dapat menilai sendiri apa yang sedang berlaku,” katanya.