'Kami jiran-jiran dah tak tahan, diorang duduk rumah sekali ni laki tino' - YouTuber suap fries didakwa buat onar di perumahan T20, cetus kemarahan penduduk - The Reporter

‘Kami jiran-jiran dah tak tahan, diorang duduk rumah sekali ni laki tino’ – YouTuber suap fries didakwa buat onar di perumahan T20, cetus kemarahan penduduk

Seorang pempengaruh YouTuber dikecam gara-gara tidak menghormati jiran setempat selain berkelakuan tidak bermoral. Dia juga didakwa tinggal bersama teman wanitanya tanpa sebarang ikatan.

Pendedahan ini telah disuarakan oleh jiran tetangganya, kepada seorang pempengaruh yang juga merupakan seorang guru iaitu, Cikgu Fadli Salleh.

“Duduk bersama awek serumah tanpa nikah, tak hormat privacy jiran, nak buat studio kat situ, tak bayar hutang orang sampai orang ke rumah minta hutang.

“Staff biadab yang asyik bergaduh dengan guard, jam 1:30 pagi dok prengg kereta exhaust bising, parking kat rumah orang, berdua-duaan dalam gelap kat taman dan macam-macam hal lagi.

“Dia duduk Lakefront Villa. Tempat orang-orang kaya duduk,” tulisnya.

Pengadu turut mendakwa, selain mengganggu ketenteraman jiran-jiran, pempengaruh berkenaan juga terlibat dalam kes pecah amanah.

Tidak tahan dengan keadaan itu, pengadu bersama jiran-jiran lain bersetuju membuat petisyen untuk membantah sebarang penubuhan pejabat atau studio kawasan perumahan itu.

“Kami nak buat petition tak benarkan buat office atau studio di sini. Akhir bulan ni semua pindah duduk serumah. Kami nak panggil JAIS,” tulisnya.

Menerusi komen pada hantaran Cikgu Fadli, Jabatan Agama Islam (JAIS) telah memberikan respon kenyataan tersebut dengan menyatakan telah menghubungi Cikgu Fadli melalui mesej.

Sementara itu, netizen mula risau dengan perngaruh kuat yang dibawakan oleh YouTuber berkenaan terhadap kanak-kanak. Difahamkan, konten yang dimuat naik oleh kumpulan itu mendapat sambutan dalam kalangan kanak-kanak.

Sumber: Cikgu Fadli Salleh

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!