'Kami dalam proses untuk berkahwin' - Lelaki nafi jalin hubungan dengan isteri orang | The Reporter

‘Kami dalam proses untuk berkahwin’ – Lelaki nafi jalin hubungan dengan isteri orang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hari yang lalu, gambar sepasang individu yang menaiki motosikal sambil membawa seorang bayi lelaki yang menggunakan mesin bantuan oksigen telah menjadi tular di media sosial.

Difahamkan bayi lelaki berusia 11 bulan itu menghidap penyakit paru-paru kronik. Gambar tersebut mengundang rasa simpati netizen, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencari dan membantu pasangan ini.

Hadiahkan kereta terpakai

Seorang individu yang bersimpati dengan kesusahan pasangan berkenaan telah menghadiahkan sebuah kereta terpakai, Proton Persona, kepada Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya, Norhidayu Halim, 35, untuk memudahkan perjalanan mereka berulang-alik ke Hospital Bahiyah.

Dalam video yang tular, pasangan ini kelihatan sebak dengan pemberian tersebut dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Bukan suami isteri

@aduanrakyatkualakedah

Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah “sana” yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tpu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tpu,akhirnya terkantoi juga..#fypシ゚viral #kualakedah #isurakyat #prihatin #beranda #fyp #alorsetar #masjidalmaarufi #teammasjid #zyxcba #kedahdarulaman #isusemasa #lawantetaplawan

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Namun, ada netizen yang mempersoalkan mengapa komuniti yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama tidak membantu pasangan ini.

Untuk mengelakkan kekeliruan, seorang Imam dari Masjid Al-Maarufi telah memaklumkan bahawa Azlan dan Norhidayu sebenarnya bukan suami isteri dan mereka belum berkahwin.

Tahun lalu, wakil dari Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah menasihatkan pasangan ini untuk berpisah, memandangkan status mereka masih dalam proses untuk berkahwin dan tidak boleh tinggal serumah.

Nafi jalin hubungan dengan isteri orang

Bagaimanapun, Mohd Azlan menjelaskan mereka sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin, tetapi terpaksa menangguhkan perkara tersebut kerana memikirkan masalah kesihatan anak Norhidayu.

“Sebelum ini kami sudah membuat perancangan untuk berkahwin. Tetapi kami lebih mengutamakan kesihatan anak. Dokumen untuk berkahwin telah diserahkan kepada ustaz (Imam Masjid),” katanya memetik laporan mStar Online.

Azlan turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Sebaliknya, Norhidayu telah bercerai dengan bekas suaminya yang kini berada di penjara sejak Ogos 2023.

Related Posts