'Kami dah suruh dia jangan kejar tapi...' - Pemandu Honda Civic rempuh Myvi ketika cuba kejar Estima | The Reporter

‘Kami dah suruh dia jangan kejar tapi…’ – Pemandu Honda Civic rempuh Myvi ketika cuba kejar Estima

Seorang pemandu kereta jenis Honda Civic dikesan memandu secara berbahaya sehingga merempuh sebuah kenderaan lain. Akibat rempuhan itu, kereta Perodua Myvi tersebut berpusing dan remuk di bahagian belakang kanan.

Menerusi rakaman video dashcam kereta mangsa, pemandu Honda Civic yang dipercayai sedang mengejar sebuah kereta MPV pada ketika itu. Dengan secara tiba-tiba, pemandunya menukar laluan ke kanan. Malangnya pemandu terbabit cuai lalu merempuh kereta mangsa.

Meskipun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun mangsa menuntut keluarga lelaki itu membayar ganti rugi atas kerosakan yang dialami kenderaannya.

Difahamkan, mangsa pada ketika itu dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka.

“Saya dah perasan dari belakang dia mencilok sebelum langgar kereta saya di belakang dan kereta saya berpusing,” katanya.

‘Kami dah nasihatkan dia tetapi…’

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dipercayai dari pihak sebelah sana berkata, lelaki itu bukanlah pemilik Honda Civic tersebut.

Difahamkan, mereka berempat sebelum itu dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur. Tiba di lokasi, lelaki itu bertindak mengejar sebuah kereta jenis Toyota Estima.

“Kami bertiga menasihatkan dia untuk tidak mengejar kenderaan itu dan memandu dengan perlahan. Malangnya teguran kami tidak diendahkan dan dia terus mengejar kereta itu.

“Sudahnya bila dia nak potong kenderaan lain tetapi jarak tidak mencukupi menyebabkan rempuhan pada bahagian belakang Myvi dan berlaku kemalangan,” katanya.

Di media sosial, netizen mengutuk insiden berkenaan dan menyifatkan pemandu terbabit sebagai pemandu yang tidak berhemah. Dalam pada masa, netizen bersyukur kesemua mangsa, termasuk bayi berada dalam keadaan selamat.

Sumber: Malaysia Most Viral

Related Posts