Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap beberapa kakitangan di sebuah restoran makanan segera yang didakwa melarang dia dan anak perempuannya berusia tujuh tahun duduk di premis tersebut.
Amora turut mendakwa kakitangan restoran tersebut tiada adab ketika menegurnya, sedangkan dia dan anaknya berhak duduk di dalam restoran itu.
“Ini ke etika pekerja, seorang Melayu bangsa kita cakap jangan duduk lama di sini dan kalau nak duduk lama pergi ke kedai mamak. Silap orang dia nak sound macam itu.
“Kami datang sebab ada playground. Kalau ramai, kami faham. Kalau ramai pun, kami ada hak untuk duduk di sini. (Semasa kejadian, salah seorang) staf menepuk bahu saya dan suruh duduk di luar. Kalau anak saya hilang, pihak restoran ini nak bertanggungjawab ke?” katanya.
Amora juga membuat rakaman video sebagai bukti dan tindak balas susulan kakitangan premis itu merakam videonya terlebih dahulu.
Menurut Amora, dia dan anaknya baru berada di premis itu kira-kira lima minit. Sebelum membuat pesanan makanan di restoran, Amora meminta anaknya menghabiskan sup atau nasi yang dibawa.
“Kalau dia tegur secara baik, saya faham. Kebiasaannya saya duduk di luar, tetapi tempat yang saya selalu duduk telah digunakan oleh orang lain. Jadi saya tunggulah tempat itu kosong sebab tempat itu mudah untuk saya memantau pergerakan anak,” ujarnya.
Bagaimanapun, netizen tidak menyebelahi wanita berkenaan kerana umum mengetahui mana-mana kedai atau restoran tidak membenarkan pelanggan membawa makanan dari luar.
‘Tak boleh bawa makanan luar’

‘Tak boleh tumpang duduk’
