Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular beberapa hari lalu mengenai luahan seorang Wanita yang tidak berpuas hati dengan pembahagian daging korban di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah.
Dalam hantaran yang dikongsikan oleh Ustaz Yaakob Yusra, peserta ibadah korban berkenaan meminta bahagian daging lembu dan bahagian-bahagian lain walaupun telah dimaklumkan satu pertiga diberikan kepada peserta manakala dua pertiga lagi diberikan kepada yang berhak.

“Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua.
“Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain,” katanya.
Kata Ustaz Yaakub, penyelesaian sudah dibuat dengan baik cara baik dan menganggap peserta berkenaan berkemungkinan salah faham.
Namun, lain pula jadinya apabila satu hantaran dikesan mendakwa pasukan ustaz mengedarkan kulit dan daging yang busuk.

Walau bagaimanapun, Ustaz Yaakub Yusra memberi peringatan kepada peserta ibadah korban dan orang ramai supaya dating belajar untuk menambahkan ilmu.
Sumber: Ustaz Yaakub Yusra








