Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengambil tindakan beberapa kali, kehadiran peniaga haram yang berniaga di zon larangan masih wujud.
Dalam kebanyakan kes, ia melibatkan warga asing yang berdegil untuk meneruskan aktiviti tersebut, seolah-olah tidak gentar dengan peraturan di negara ini.
Terbaru, seorang wanita bernama Tun Fiqa Mohammad mendakwa terdapat peniaga haram warga Indonesia yang berniaga secara terbuka di depan bangunan menara KLCC.
“Kalau orang lokal yang berniaga tepi ni, dah kena angkut oleh pihak berkuasa dah. Saya bukan dengki tetapi kalau macam ni, bagilah orang Malaysia buka (gerai) ramai-ramai dekat sini. Okay kan?
“Pagi-pagi boleh ada choice nasi lemak, roti canai, wantan mee depan KLCC ni. Daripada Indonesian food, Rohingyafood, baik Malaysia food kan? Kan?
“Kita buka meja lipat square ni banyak-banyak. Kerusi plastik merah banyak-banyak buat macam pasar. Kita buat KLCC ni macam Chow Kit. Oh lupa, Chow Kit pun macam Jakarta Selatan dah,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam.
Menurut Fiqa, kebanyakan yang berniaga secara haram di kawasan itu adalah warga Indonesia.
Sementara itu di ruangan komen, netizen menggesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera terhadap peniaga haram itu.
“Awak tolonglah buat report. Kadang-kadang undang-undang negara ini macam tak adil. Pendatang boleh relaks jer berniaga. Kalau orang kita, habis semua kena angkut,” kata netizen.
“DBKL sila ambil tindakan sewajarnya. Kalau dah banyak kali diorang ni buat hal, elok dikenakan tindakan undang-undang terus. Kalau ownernya orang Malaysia, batalkan terus lesen penjaja sebab penjaja tak boleh gajikan pekerja asing,” tambah netizen lain.