‘Kalau nak mendidik, jangan sampai cederakan anak orang’ - Kakak mangsa terkilan guru disiplin beri alasan tak munasabah - The Reporter

‘Kalau nak mendidik, jangan sampai cederakan anak orang’ – Kakak mangsa terkilan guru disiplin beri alasan tak munasabah

14 September lalu, media melaporkan seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Sungai Ara, Pulau Pinang, mengalami pendarahan dan lebam di mata kanan akibat dirotan guru.

Bapa mangsa, Mazni Mohamad, 47, mendakwa anaknya dirotan kerana didapati menghisap vape di dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar.

Rentetan daripada itu, ramai yang melemparkan komen-komen negatif terhadap pelajar terbabit. Tidak terkecuali bapa mangsa yang turut dikritik kerana menyebelahi anaknya.

Kakak pelajar tampil bersuara

Situasi itu mengundang rasa terkilan kakak kepada pelajar berkenaan. Sedangkan adik lelakinya mengalami kecederaan teruk di bahagian mata.

“Ya, memang dia salah sebab hisap vape dalam kelas. Tetapi (dia hisap vape) dengan kawan-kawan. Yang cikgu nampak, cuma dia seorang. Cikgu tak nampak kawan-kawan dia.

“Saya sebagai kakak, terkilan dengan apa yang terjadi pada adik saya. Walau salah sekalipun, bukan ini cara memberi hukuman.

“Kata ustaz, tak belajar hukum ke boleh rotan di bahagian mana saja?” kata Syieda Mazni melalui hantaran di TikToknya baru-baru ini.

Guru disiplin beri alasan tak munasabah

Jelas Syieda, guru disiplin terbabit memberikan alasan yang tidak munasabah sehingga adiknya menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan.

“Jangan bawa masalah peribadi ke sekolah dan lepaskan pada anak murid! Alasan tak munasabah langsung!

“Katanya tak boleh kawal emosi, ada masalah. Eh hello, adik aku jadi mangsa tau! Kalau nak mendidik, jangan sampai cederakan anak orang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Syieda juga kesal dengan komen segelintir netizen yang melibatkan ibu bapanya. Sedangkan yang melakukan kesalahan itu adalah adiknya dan tiada keperluan untuk membabitkan ibu bapanya.

“Jangan libatkan nama ibu bapa saya. Mereka didik kami lima beradik dengan cukup sempurna. Tetapi dalam keluarga kita mesti ada seorang perangai yang lain dari lain kan?

“Cukup komen yang baik-baik, jangan sampai menghina. Ibu bapa saya tak bersalah, yang salah adalah adik saya. Cukup dengan doakan yang baik-baik untuk keluarga kami,” ujarnya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!