Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketika pelajar lain selesa dengan kelengkapan sekolah, seorang pelajar terpaksa membiarkan kasut sekolahnya tidak dibasuh dan kelihatan kotor.
Bukan kerana malas, tetapi dia bimbang jika kasut sekolahnya akan bertambah rosak.
Perkongsian kisah pelajar berkenaan dikongsikan oleh seorang pendidik di sebuah sekolah di Sabah ini meruntun hati netizen.
Katanya, semasa bertugas menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah, dia melihat kelibat seorang pelajar yang memakai kasut yang sangat kotor.
Pada mulanya, dia berasa marah melihat keadaan itu, tetapi apabila mendengar penjelasan dari pelajar lelaki itu, hatinya mula tersentuh.
“Semasa bertugas, saya ternampak pelajar lelaki memakai kasut yang sangat kotor.
“Saya tahan dia dan tanya kenapa kasut kotor? Kamu tak basuh ke?
“Kemudian, dia jawab dengan rasa takut. ‘Kalau saya cuci, nanti tapaknya jatuh dan tak boleh pakai lagi cikgu,” katanya.
Katanya lagi sebaik sahaja beliau mengangkat kasut pelajar berkenaan, beliau mendapati bukan hanya tiada tapak kasut, malahan kasut dipakai sudah berlubang.
“Saya tanya kenapa tak beli baru? Dia rasa malu nak jawab. Dia jelaskan dia tak ada duit,” katanya.
Melihat keadaan itu, pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Jumat ini membawa pelajar berkenaan ke pekan untuk membeli kasut baharu.
“Dia beritahu kami, ini kali pertama dia memijakkan kaki ke pekan Kunak. Lagi luluh hati ni,” katanya.
Semoga usaha yang dibuat oleh Cikgu Jumat dan pendidik lain diberkati dan semoga pelajar ni kenang jasa mereka sehingga akhir hayat.








