Kakitangan JKPTG Klang raih pujian | The Reporter

Kakitangan JKPTG Klang raih pujian

Kakitangan JKPTG Klang dilihat senyum mesra melayan pelanggan OKU bisu.
Tangkap layar video tular kakitangan JKPTG Klang melayan mesra pelanggan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan seorang kakitangan dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Klang yang sabar melayani pelanggan orang kelainan upaya (OKU) bisu mendapat pujian ramai.

Dalam satu momen yang menyentuh hati, kakitangan berkenaan yang berada di kaunter 2, bagi urusan pusaka kecil dilihat berinteraksi dengan pelanggan tersebut dengan menaip di telefon bimbit pelanggan berkenaan dan menunggu dengan sabar pelanggan berkenaan yang ketika itu sedang berhubung dengan individu lain menerusi panggilan video.

Hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Thread
Baca juga:

Situasi itu memperlihatkan kesungguhan dan keprihatinan kakitangan terbabit dalam memastikan segala urusan pelanggan berjalan lancar walaupun terdapat kekangan komunikasi.

“Dengan sabar, pegawai tu berinteraksi dengan seorang pelanggan bisu yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Tahniah kepada JKPTG Klang,” tulis satu hantaran yang tular di media sosial.

Netizen turut memuji usaha dan sikap profesionalisme pegawai JKPTG Klang yang disifatkan bukan sahaja sebagai penuh empati, malah menjadi contoh teladan kepada penjawat awam lain dalam melayani rakyat tanpa mengira latar belakang.

Tidak kurang juga yang berharap agar lebih banyak agensi kerajaan mempergiat latihan penggunaan bahasa isyarat di kaunter perkhidmatan awam sebagai langkah inklusif untuk memudahkan golongan OKU mendapatkan akses sewajarnya.

Related Posts