'Jumpa ayah saya la' - Tular video remaja 13 tahun pandu melulu di kawasan perumahan - The Reporter

‘Jumpa ayah saya la’ – Tular video remaja 13 tahun pandu melulu di kawasan perumahan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Media sosial heboh dengan penularan video memaparkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun memandu kereta Perodua Viva dipercayai milik bapanya. Lebih mengejutkan, dia turut membawa dua beradiknya yang masih kecil.

Menurut saksi kejadian, ini bukan kali pertama dia melihat remaja itu memandu di kawasan perumahan tersebut. Malah, cara pemanduannya yang laju dan melulu turut membahayakan penduduk terutamanya kanak-kanak di kejiranan itu.

Ketika ditanya apakah dia mengetahui perbuatannya itu salah? Remaja itu menjawab dia sedar umurnya masih belum mencukupi untuk memandu kenderaan itu.

Pengadu menegur perbuatannya itu berbahaya, namun remaja itu meminta pengadu berjumpa dengan bapanya.

https://twitter.com/update11111/status/1817878444367303033

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan kejadian itu berlaku pihaknya telah mengesan serta memanggil bapa kepada tiga kanak-kanak tu untuk datang ke Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk diambil keterangan.

Di media sosial, ramai netizen meluahkan rasa seriau menonton video itu susulan ia turut melibatkan dua kanak-kanak yang masih kecil.

“Dahlah bawa budak kecik sekali, ya Allah! Nasib baik makcik tu tenang je. Kalau kena dengan orang lain, mau kena maki. Mana pergi mak bapak budak-budak ni?” kata netizen.

“Mungkin dah selalu bawak, mesti mak bapak dia tak kisah kot. Bukan main laju lagi dia bawa. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?” tambah netizen lain.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!