Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tular satu video yang merakamkan sekumpulan anak muda dari syarikat pembersihan membersihkan sebuah rumah tinggalan milik ibu kepada pelanggan mereka.
Apa yang mengkagumkan, anak-anak muda ini jujur dan bertanggungjawab apabila diamanahkan untuk mengumpulkan sejumlah wang yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah ibu pelanggan.
Menerusi video berkenaan, kelihatan mereka mengumpulkan wang tunai yang diselitkan di merata-rata tempat. Bukan sahaja wang tunai dalam bentuk ringgit, malahan wang tunai dari pelbagai negara juga ditemui.
Selain wang tunai, beberapa barangan kemas juga ditemui.
Walaupun ada netizen yang mempertikaikan tanggungjawab anak-anak pemilik dalam menguruskan kediaman ibu mereka, namun kata anak muda ini mereka faham dengan perasaan anak-anak pemilik kediaman yang sukar menepis perasaan sedih dengan pemergian ibu tercinta.
“Ada sebab kenapa anak-anak panggil kami untuk kemas rumah mak mereka lagi-lagi yang telah tiada. Jika awak mampu, jadi tahniah,” tulisnya.
Dalam satu hantaran video lain, pemuda ini telah menyerahkan wang sebanyak RM38,000 dan barangan kemas kepada anak pemilik.
Sementara itu, netizen memuji dengan tindakan sekumpulan anak muda ini yang jujur dengan amanah yang diberikan.
Sumber: F.i.8 Empire