Julia mohon maaf, selepas Lufya beri amaran jangan sentuh anaknya lagi - The Reporter

Julia mohon maaf, selepas Lufya beri amaran jangan sentuh anaknya lagi

Lufya Omar tuntut Julia Farhana memohon maaf kepadanya kerana menyentuh nama anaknya dalam kenyataan Julia baru-baru ini di media sosial.

Pelakon Julia Farhana baru-baru ini meluahkan rasa kecewa mengenai suaminya, Dr Che Hafiz yang berdepan dengan pelbagai tuduhan. Sedangkan lelaki yang tinggal serumah dengannya itu adalah seorang suami yang baik. Malah sehingga kini masih menyimpan kemas baju anak perempuannya.

“Luluh hati isteri ini bila tengok suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak beritahu kebenaran tetapi suami tenangkan hati, lapkan air mata dan minta saya jadi kuat.

“Dia seorang suami yang menakjubkan. Dia masih menyimpan baju-baju anak perempuan di dalam almari. Sedih tengok,” tulisnya semasa menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram.

Kenyataan itu membuatkan bekas isteri Dr Che Hafiz, Lufya Omar, bengang dan mendesak Julia membuat permohonan maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Bagi Lufya, tindakan Julia mengaitkan anaknya, Laura Hana, dalam kenyataan itu adalah sekadar meraih publisiti murahan.

“Saya dah jaga aib masing-masing. Jangan sensitif. Awak bahagia dengan cara awak, saya bahagia dengan anak saya. Bahagia cara kalian dan jangan sentuh anak saya yang tidak mendapat haknya.

“Dah tak dapat hak, lepas itu kalian ‘drama’ lagi seolah-olah kalian malaikat. Siapa tak marah? Dah minta maaf ini kali kedua. Letakkan noktah, berhenti,” tegasnya.

Ekoran itu, Julia telah menghubungi Lufya melalu aplikasi WhatsApp untuk membuat permohonan maaf. Julia turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat berbuat demikian. Sebaliknya dia hanya mahu memberitahu yang suaminya adalah suami yang baik.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!