Lufya tuntut Mut'ah RM1 juta dari bekas suami demi anak & pengorbanan dulu | The Reporter

Lufya tuntut Mut’ah RM1 juta dari bekas suami demi anak & pengorbanan dulu

Menurut Lufya, tuntutan itu adalah demi keadilan untuk anak dan pengorbanannya sepanjang perkahwinan mereka dahulu.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mac lalu, pelakon Lufya Omar memfailkan tuntutan Mut’ah bernilai RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.

Jelas Lufya, tuntutan RM1 juta itu dirasakan satu jumlah yang wajar demi membayar pengorbanannya selama perkahwinan dan membesarkan anak mereka.

Tuntutan itu juga katanya bagi membantu dia meneruskan kehidupan bersama anaknya, Laana Haura, memandangkan kos sara hidup juga semakin meningkat.

“Tuntutan Mut’ah itu adalah bedasarkan kepada pengorbanan saya dan apa yang sudah berlaku sepanjang perkahwinan.

“Dahulu, pendapatan saya kukuh. Selepas berkahwin, saya melepaskannya atas sebab-sebab tertentu. Untuk bangun balik ia memerlukan masa yang agak panjang. Jadi saya perlu merancang untuk kehidupan kami,” katanya.

RM1 juta adalah untuk keadilan

Terdahulu, Lufya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama dengan peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan, bagi sebutan kes tuntutan Mut’ah.

Walaupun sudah tiga tahun bercerai, Lufya mengakui baru sekarang dia bersedia untuk membuat tuntutan di mahkamah bagi mendapatkan pembelaan.

“Penceraian kami pun mengambil masa agak panjang. Saya juga perlukan masa untuk buat persediaan mental dan fizikal.

“Pada masa yang sama, saya juga perlu membesarkan anak. Walaupun cuma seorang anak, ia bukan mudah dengan keadaan saya dahulunya seorang artis yang sangat aktif bekerja.

“Saya tak pernah minta apa-apa pun selama ini walaupun barang. Saya beri masa untuk Hafiz fokus memberi nafkah kepada anak. Saya pun nak stabilkan diri juga.

“Bila sudah difitnah, sebagai ibu tunggal saya mahu mendapatkan pembelaan. RM1 juta bukan nilai saya, tapi untuk keadilan,” tambahnya.

Sementara itu, bekas suami Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes.

Perbicaraan bagi sebutan semula kes akan diadakan pada 26 Julai.

Sumber: Utusan Online

Related Posts