Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memberi maklum balas terhadap hantaran video yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung gangguan bekalan air di Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan.
Menurut hasil pemeriksaan, gangguan tersebut berpunca daripada tekanan air rendah pada saluran paip bekalan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) akibat kerja-kerja menaik taraf sistem paip di kawasan Kok Lanas dan Ketereh. Situasi ini menyebabkan paras air di tangki sedut utama PKB turun ke tahap minimum, sekali gus menjejaskan bekalan air di beberapa asrama, blok akademik dan bangunan pentadbiran kampus.
JPPKK memaklumkan pihak PKB telah bertindak pantas melaporkan isu tersebut kepada AKSB pada 5 Ogos 2025. Pasukan teknikal AKSB segera hadir ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut. Bagi mengurangkan kesan kepada warga kampus, lori tangki air turut dihantar bagi menambah bekalan air sedia ada.
Baca juga:
- Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai
- PN ucap tahniah kepada Vijay, puji kemenangan TVK di Tamil Nadu
- ‘Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat’ – Zahid Hamidi
AKSB turut mengesahkan bahawa tekanan air di PKB kini kembali stabil. Bagaimanapun, pemulihan bekalan air di semua blok hanya dapat disalurkan secara berperingkat selepas proses pengisian semula tangki simpanan berpusat selesai.
Sebagai langkah jangka panjang, JPPKK akan melaksanakan projek menaik taraf sistem bekalan air di PKB melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Rolling Plan 5 (RP5) Tahun 2025.
Terdahulu, tular di TikTok beberapa video memaparkan air di kawasan IPT berkenaan bertukar keruh. Lebih mengejutkan, bukan sahaja keruh, malah ada juga pelajar menerima bekalan air berwarna hitam seperti kopi.








