JKM sahkan suspek miliki kad OKU Learning Disability sejak kecil | The Reporter

JKM sahkan suspek miliki kad OKU Learning Disability sejak kecil

JKM sahkan suspek lelaki 19 tahun miliki kad OKU Learning Disability sejak kecil, disyaki melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak di masjid Batang Kali.
JKM sahkan lelaki 19 tahun yang ditahan berhubung gangguan seksual terhadap kanak-kanak di masjid Batang Kali miliki kad OKU Learning Disability sejak kecil. | Foto hiasan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mengesahkan suspek lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes gangguan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali semalam, memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim, berkata hasil semakan mendapati lelaki tersebut telah memiliki kad OKU ‘Learning Disability’ sejak kecil.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 28 Februari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seks*al Terhadap Kanak-Kanak 2017. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Dalam kejadian pada 8.19 pagi Jumaat, 21 Februari 2025, berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita dan memeluk seorang kanak-kanak yang sedang sujud tanpa disedari oleh jemaah lain yang sedang menunaikan solat subuh di masjid tersebut.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan suspek mengangkat mangsa dan membawanya ke ruangan lain sebelum dipercayai melakukan gangguan fizikal. Namun, mangsa berjaya melarikan diri selepas bergelut dengan suspek.

Sumber: Berita Harian

Related Posts