Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Memasuki hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, pelbagai usaha yang dibuat bagi mencapai misi tersebut.
Beberapa kaedah juga telah dilaksanakan termasuk teknik ‘flushing’, namun sehingga kini masih belum menemui sebarang petunjuk.
Menerusi satu laporan, sebuah syarikat pengurusan sisa dari Singapura telah menawarkan bantuan dalam operasi ini.
Jetters Incz Pte Ltd menyatakan kesediaan mereka untuk menawarkan perkhidmatan mereka selepas mengetahui bahawa pengaliran air (teknik flushing) adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengesan mangsa.
“Sebagai pakar dalam bidang ini, kami ingin menawarkan bantuan sukarela kami untuk menyokong siasatan dan usaha pencarian yang sedang dijalankan.
“Pasukan kami dilengkapi dengan teknologi canggih dan mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengurus dan menavigasi sistem perparitan yang kompleks, di mana kami percaya boleh menjadi satu perlatan penting dalam situasi kini,” katanya.
Syarikat itu juga menyatakan kesediaan untuk memberikan perkhidmatan mereka tanpa dikenakan bayaran.








