Jet pejuang TUDM Hornet alami kemalangan di Kuantan | The Reporter

Jet pejuang TUDM Hornet alami kemalangan di Kuantan

Rakaman malam menunjukkan kebakaran dengan api marak dan asap tebal di sebalik pokok berhampiran kawasan perumahan.
Gambar tular di media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, insiden berlaku sekitar jam 9.05 malam dan tindakan segera telah diambil bagi menangani situasi tersebut.

Baca juga:

Pegawai selamat, orang ramai diingatkan jangan sebarkan spekulasi

Difahamkan, dua pegawai tentera yang berada dalam pesawat terbabit dilaporkan selamat. Pada masa sama, TUDM menegaskan orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini.

Sumber gambar: Orang Awam
Sumber gambar: Orang Awam

Beberapa rakaman video turut tular memaparkan kepulan cahaya serta asap tebal yang dipercayai dirakam penduduk berhampiran lokasi insiden. Pihak TUDM akan memaklumkan perkembangan lanjut selepas siasatan selesai.

Sumber: Berita RTM, Sinar Harian, Kosmo

Related Posts