'Jemput tapi tak bagi masuk, malu. Goyang dik, goyang' - Anak Makcik Kemboja cabar ex-staf datang bersemuka, tapi tak munculkan diri - The Reporter

‘Jemput tapi tak bagi masuk, malu. Goyang dik, goyang’ – Anak Makcik Kemboja cabar ex-staf datang bersemuka, tapi tak munculkan diri

Ezuan, anak lelaki kepada Makcik Kemboja yang tular di media sosial baru-baru ini mencabar bekas pekerja kilang ibunya, Muhammad Khairul Ezalee Khairul Rahmat, untuk datang bersemuka dengannya.

Menurut Ezuan, dia tidak berpuas hati dengan lelaki berkenaan yang didakwa telah menghina ibunya di media sosial, susulan kes ahli perniagaan itu yang mengeluarkan kenyataan Melayu Malas.

Tidak gentar dengan cabaran itu, Muhammad Khairul datang bersama ke kilang tersebut bersama dengan beberapa individu, termasuk aktivis masyarakat, Mohd Sophian Mohd Zain dan individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan ahli perniagaan itu.

Bagaimanapun, hasrat untuk memasuki premis tersebut tidak kesampaian apabila mereka tidak dibenarkan masuk.

“Jemput, tapi tak bagi masuk. Malu. Goyang dik goyang.

“Dia dah jemput saya untuk datang kilang. Sekarang saya dah datang. Di manakah anak dia? Ke nak bertulis juga anak dia datang buat surat jemputan saya diminta hadir?” katanya.

Difahamkan, Mohammad Khairul mendakwa dia telah dianiaya oleh Makcik Kemboja di mana komisennya tidak dibayar selama empat bulan yang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya datang sini nak ambil hak saya. Yang lain kena (tipu) RM30,000 tu sampai lapan orang, RM240,000. Diorang nak ambil hak diorang dan pulangkan saja hak diorang.

“Saya sampai sekrang tertanya kenapa mereka upload video macam itu (hina Melayu Malas). Memang niat sengaja betul. Kenapa anak dia upload video, siap edit cantik-cantik, siap effect, lagu dan upload. Kenapa?” katanya.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!