Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sekretariat Rakyat Benci Rasuah (SRBR) akan menganjurkan Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang bakal diadakan di hadapan Sogo dan berarak ke Dataran Merdeka pada Sabtu, 25 Januari 2025.
Himpunan ini telah menarik perhatian ramai termasuk Pemuda parti Pas.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di aplikasi X, SBBR mengalu-alukan penyertaan parti berkenaan namun memberi amaran kepada mereka supaya tidak membawa imej parti semasa himpunan berkenaan.
Dalam kenyataan itu juga, SBBR mengingatkan parti itu supaya tidak menjadi hipokrit dan berniat untuk menunggang populariti himpunan bagi tujuan politik mereka.
Pihaknya juga akan mengambil tindakan menghalau mana-mana pihak yang cuba untuk menunggang himpunan tersebut bagi kepentingan politik.
“Kami berterima kasih atas sokongan Pemuda PAS terhadap Himpunan ini dan membuka seluas-luasnya pintu kepada mereka untuk menyertainya.
“Tapi kami menegur mereka supaya jangan menjadi hipokrit terhadap komitmen antirasuah dan jangan tunggang pula Himpunan ini untuk kepentingan politik sendiri.
“Rakyat wajar menegur kata-kata manis antirasuah mereka. 25 Januari ini, ayuh turun ke jalanan,” katanya.
Tegasnya, himpunan tersebut adalah untuk semua rakyat tanpa membezakan latar belakang, parti atau ideolgi.
“Kami beri amaran supaya jangan bawa logo, slogan, nama dan imej parti ketika menyertai himpunan 25 Januari. Himpunan ini sepenuhnya milik rakyat dan bukan kepunyaan parti politik untuk ditunggang,” katanya.