‘Jangan sesekali kutip duit syiling yang tak tahu asal usulnya, kelak merana 1 badan’


Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh individu untuk melakukan
perbuatan khianat atas faktor dendam dan juga cemburu. Sihir antara
cara halus yang digunakan untuk memastikan musuh mereka merana.

Walaupun zaman
sudah berubah, namun pemikiran manusia sebegini masih di takuk lama. Agama diketepikan
asalkan hajat mereka tercapai.

Viral di Twitter satu perkongsian mengenai amalan sihir yang menggunakan duit syiling. Bukan sebarang syiling, jika dikutip atau disentuh, buruk akibatnya. Syiling seperti itu dikatakan telah disaluti dengan tanah kubur, dijadikan sebagai
perangkap untuk mangsa.

AMARAN! Jangan sesekali kutip duit
syiling yang korang jumpa. Syiling di halaman rumah, syiling di depan pintu rumah,
syiling di sebelah kereta anda dan syiling yang tak tahu asal usulnya.

Sebagai contoh, korang nak masuk kereta. Tiba-tiba ada syiling
di atas lantai sebelah kereta. Sedangkan semasa turun kereta, tiada apa pun benda di situ. 

Contoh yang kedua. Korang nak keluar rumah, tiba-tiba ternampak syiling
di hadapan rumah. Jangan terus ambil ya. Zaman sekarang orang nak sihir, bermacam-macam
cara.

Akibat khianat daripada sihir syiling yang disaluti dengan tanah
kubur, habis menderita satu badan. Bila malam, berdenyut-denyut bisanya sampai menangis
menahan kesakitan. Berhati-hatilah apabila anda terjumpa sihir seperti ini.

Jangan sesekali cuba sentuh. Sekiranya tiada keyakinan diri
dan doa-doa pendinding diri, sapu dan terus buang duit syiling itu. Ambil satu jug air
dan tiga biji limau nipis. Perahkan ke dalam jug air, ambil segenggam garam kasar,
larutkan bersama air dan perahan limau tadi, kemudian bacakan doa ini.


Doa Pembatal Sihir Surah
Yunus (Ayat 81 – 82). Kemudian siramkan di tempat y
ang terletaknya syiling yang dijumpai itu. InsyAllah dengan izin
Allah, sihir terbatal.

Sumber: Dean

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!