'Jangan main nama bapak, barua' - Kieda sound individu kaitkan bapanya dalam isu logo EA | The Reporter

‘Jangan main nama bapak, barua’ – Kieda sound individu kaitkan bapanya dalam isu logo EA

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan Kieda Crepe atau Khalieda Yusra, kesal ada segelintir netizen yang menyentuh isu peribadi iaitu membabitkan bapanya dalam isu penyalahgunaan logo Elephant Army (EA), baru-baru ini.

Walaupun Kieda dan suaminya telah membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafan mereka, namun masih ada yang tidak berpuas hati sehingga meninggalkan komen dengan kata-kata kurang menyenangkan di akaun Facebooknya.

Baca: Kieda & suami mohon maaf pada Elephant Army, tarik balik jualan baju

“Kau ingat tu logo bapak kau ke main sedap tekak nak pakai?’ kata netizen yang menggunakan nama Mohd Zailee di Facebook.

Gagal mengawal emosi, Kieda membalas komen tersebut, “Jangan main nama bapak barua”.

Bagi Kieda, apa yang berlaku di antaranya dengan pihak pemilik logo berkenaan sudah selesai dan netizen sepatutnya berhenti menyerangnya di media sosial. Apatah lagi tindakan membabitkan bapanya dalam hal ini adalah sangat tidak wajar dilakukan.

“Hebatnya ujian aku. Yang salah kami, jangan main bapak aku. Bab aku dengan semua pihak sana, semua dah settle. Bab natangzen memang takkan settle.

“Kes logo ni, aku salah dan aku minta maaf. Mama dan arwah abah aku tak pernah didik kami mencuri dan guna hak orang. Tapi aku manusia, silap aku guna (logo) tak (buat) researc dulu dan aku mengaku salah.

“Tolonglah, nak taksub jangan sampai lupa kita ini ada Allah. Taksub macam aku saja buat-buat dosa. Aah aku dua hari lagi (dah) cukup setahun tinggalkan aku. Luka itu masih ada walaupun tak berdarah,” katanya.

Tidak diketahui sama ada individu berkenaan memohon maaf kepada Kieda atau tidak. Di ruangan komen, ramai netizen meminta Kieda bersabar dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di kemudian hari.

Related Posts