Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menegur Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berhubung kritikan kerasnya terhadap keputusan Malaysia menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke negara ini.
Teguran berkenaan dibuat ketika dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata Hamas menyambut baik Pelan 20 iaitu cadangan Pelan Damai Gaza yang diberikan Trump.
“Hamas menyambut baik Pelan 20 yang diberikan oleh Donald Trump. Jadi, kenapa kita tak bantu, tak sokong pendirian ini? Janganlah kita hanya cakap, jadi lebih Hamas daripada Hamas ni, kenapa?
“Kita (sepatutnya) bantu, sokong. Kita ingin mencapai perdamaian di Palestin. Jadi kalau Donald Trump ada ‘blue print’, kita ikuti. Secara objektifnya sebagai ASEAN, jangan kita terlalu memikirkan soal sebegini.
“Kita ambil tahu apa yang berlaku di Palestin. Malaysia dengan Amerika Syarikat juga adalah rakan dagangan yang besar.
“Amerika juga sebagai satu negara yang memberi pelaburan yang terbesar kepada Malaysia dan ASEAN ini, kita kena lihat daripada aspek masa depan ekonomi juga,” katanya
Baca juga:
- Warden MRSM Serting maut kemalangan ketika pulang dari bertugas
- Suspek rempuh polis ditahan kurang 24 jam, rupanya ada 20 rekod jenayah
- ‘Berani mereka kata nak ambil alih Pulau Pinang?’ – Teresa Kok
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, Malaysia menyambut baik Pelan 20 pelan damai yang dicadangkan Trump bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dengan harapan ia dapat membuka laluan kepada bantuan kemanusiaan dan menghentikan pengeboman serta kemusnahan di wilayah itu.
Namun katanya, Malaysia turut menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa kelompangan dalam pelan tersebut, termasuk ketiadaan jaminan pengunduran penuh Israel dari Gaza dan penentuan masa depan Palestin oleh rakyatnya sendiri.
Mengulas tentang lawatan Trump ke Malaysia, Mohamad menegaskan ia dibuat atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, yang berkewajipan menjemput semua rakan dialog tanpa pengecualian selaras dengan prinsip neutrality dan centrality ASEAN.
Tambah beliau, kehadiran Trump bagi menyuarakan kegusaran, pandangan serta memperkukuh kerjasama antara Malaysia, ASEAN dan Amerika untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Sumber: Sinar Harian, Malaysia Kini








