'Jangan jadi keyboard worrior je' - LCW ingatkan netizen, komen pada atlet biar berpada-pada | The Reporter

‘Jangan jadi keyboard worrior je’ – LCW ingatkan netizen, komen pada atlet biar berpada-pada

Sumber Gambar: Instagram Lee Chong Wei

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lee Chong Wei meminta rakyat Malaysia agar tidak hanya berselindung disebalik profil nama di media sosial dan menjadi wira papan kekunci untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia.

Kata legenda badminton negara itu, atlet Malaysia telah mempamerkan persembahan yang cemerlang di Sukan Olimpik baru-baru ini.

“Jangan sesekali menjadi wira papan kekunci.

“Pasukan Malaysia telah mempamerkan persembahan cemerlang sejak dua minggu lepas.

“Sukan sebenarnya telah menyatukan negara. Sama ada anda Jenis-C, Jenis-Kilat, mahupun Satu demi Satu, semua orang akan mengaktifkan mod ‘Saya Anak Malaysia’ dan berkumpul di kedai mamak untuk memberi sorakan kepada skuad negara,” tulisnya.

Dalam hantaran di media sosial itu, beliau turut memberikan penghargaan kepada pasukan negara dan menitipkan pesanan buat mereka.

“Kepada para atlet, anda ialah wira dan wirawati. Terima kasih kerana memberi persembahan yang sangat baik. Belajar daripada pengalaman ini dan lakukan lebih baik pada masa depan.

“Abaikan teguran negatif, tetapi ambil maklum balas membina.” katanya.

Tambahnya, atlet negara mampu mencapai impian dalam Sukan Olimpik akan dating di Los Angeles tetapi usaha dan kerja keras harus dimulakan sekarang.

Related Posts