'Jangan buat statement hanya untuk redakan suasana' - Nagakanni minta Perodua selesaikan masalah keretanya | The Reporter

‘Jangan buat statement hanya untuk redakan suasana’ – Nagakanni minta Perodua selesaikan masalah keretanya

Gambar AI buatan netizen yang dikaitkan dengan isu penemuan bendasing (gula) dalam enjin kenderaan milik seorang pengguna yang tular baru-baru ini – Sumber gambar: Facebook

Susulan isu dakwaan mengenai kerosakan enjin kenderaan milik seorang wanita, Perodua telah memuat naik kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Perodua tidak memuaskan hati pemilik kenderaan berkenaan.

Nagakanni Subramaniam dalam hantaran di Facebook meminta pihak Perodua tidak membuat kenyataan semata-semata untuk meredakan situasi sahaja sebaliknya dia meminta pihak Perodua menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.

“Ada jaminan secara black and white tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Takde. Dah lebih dua bulan masih belum ada apa apa maklumat secara detail mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik,pembayaran loan dan semua tu.

“Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua. Enjin rosak kononnya sebab ada material asing seperti gula. Saya tak dapat replacement kereta baru dan saya masih kena bayar kereta tu setiap bulan.

“Jangan buat media statement hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral,” tulisnya.

Beliau juga menyatakan sehingga kini tiada dokumen yang diberikan kepadanya sekiranya benar pihak Perodua mahu membeli keretanya.

“Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana black and white tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada,” katanya.

Sumber: Nagakanni Subramaniam

Related Posts