'Jangan bersimpati pada tempat yang salah' - Penceramah motivasi tegur individu bersimpati terhadap Azman Alias | The Reporter

‘Jangan bersimpati pada tempat yang salah’ – Penceramah motivasi tegur individu bersimpati terhadap Azman Alias

Kredit foto: Utusan Malaysia, Akhi Fairuz

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Sesyen Klang semalam menolak rayuan pendakwah bebas, Azman Syah Alias, untuk menangguhkan hukuman dan memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara 24 bulan dan dua sebatan, serta-merta.

Hakim Noridah Adam menolak permohonan tersebut selepas mendapati tiada keadaan khas yang dikemukakan kepada mahkamah untuk berbuat demikian.

Ada yang bersimpati terhadap tertuduh?

Keputusan itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial terutama ada segelintir individu yang dilihat tidak dapat menerima keputusan tersebut.

“Jatuh hukuman tak semestinya dia bersalah. Ramai orang masuk penjara yang bukan di atas salahnya sendiri. Hanya Allah SWT yang tahu mereka bersalah atau tidak,” kata Shen, bukan nama sebenar.

Bagaimanapun, komen sedemikian mendapat perhatian penceramah motivasi, Akhi Fairuz. Beliau berkata, golongan berkenaan bersimpati pada tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan dalam kes ini, tertuduh didakwa membawa pulang mangsa-mangsanya ke rumah dan melakukan amang seksual, selain diminta melakukan perkara di luar tabii.

https://twitter.com/ricxxxkiddo/status/1839610917929271672

“Saya sampai naik hairan membaca komen-komen netizen yang seolah-olah merasakan hakim tidak pandai, merasakan tertuduh telah difitnah, tengok wajahnya takkanlah (tertuduh) buat benda tu.

“Mereka hidup zaman bila? Ingat hakim nak menjatuhkan satu hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah ini mudah ke?

“Perlu diingatkan, ini baru satu kes yang dijatuhkan hukuman. Ada lagi kes lain yang melibatkan mangsa-mangsa lain di Ampang, Klang, Shah Alam. Yang di Klang ini baru satu kes dijatuhkan hukuman,” katanya.

Jangan bersimpati pada tempat yang salah

“Masyarakat kita ini select dalam memilih apa yang kita nak. Kita rasakan mustahil benda ini berlaku pada orang agama. Kemudian ada yang kata mereka bersimpati terhadap tertuduh. Tetapi jangan lupa simpati terhadap mangsa yang berusaha untuk menghilangkan trauma.

“Netizen tolonglah cerdik, bukan sekali kes-kes seperti ini berlaku. Jangan hanya mengambil sudut pada sentimen semata-mata sampai kita terlupa ada mangsa yang berkemungkinan trauma.

“Sebab itu jangan sesekali bersimpati pada tempat yang salah. Buka fikiran, jangan dibodohkan sebab kita tak nak anak-anak kita ataupun masyarakat menganggap perkara ini fitnah yang kononnya tidak patut didedahkan kerana merasakan perkara itu aib.

“Tidak, ini adalah jenayah dan disebabkan oleh seorang, ramai budak-budak yang menjadi rosak,” ujarnya.

Related Posts