Setiap anak-anak inginkan sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Bukan itu sahaja, malahan sentuhan fizikal diperlukan anak-anak bagi menggambarkan betapa prihatin dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Selain itu, sentuhan fizikal sangat penting dalam perkembangan emosi dan psikologi anak-anak. Ia memberikan rasa selamat, kasih sayang, dan keyakinan diri kepada mereka.
Sentuhan fizikal seperti pelukan antara sentuhan yang membantu anak-anak mengurangkan tekanan emosi selain berasa disayangi serta dihargai.
Menerusi perkongsian dari Dr Athrash, ada segelintir ibu bapa yang tidak pernah memeluk anak dan tiada sentuhan fizikal.
“Hal ini sebenarnya bermasalah kerana ada pesakit saya, bila dia dah dewasa dan ada anak, dia tak dapat memberikan kasih sayang sentuhan fizikal tu. Dia tak peluk anak dia, tak dapat sayang, cium anak dia.
“Dia rasa benda tu janggal dan tak perlu sehingga kurangnya kasih sayang dari ibu atau ayah,” kongsinya.
Jelasnya, sekiranya ada ibu bapa yang tidak memeluk atau menyayangi anak-anak melalui sentuhan fizikal, perlu dilakukan sekarang, dikhuatiri akan terbawa-bawa bila anak-anak sudah dewasa.
“Ada juga individu yang menjadi ‘avoidant personality order’, di mana dia akan menjadi susah untuk luah perasaan, sukar berkongsi masalah, mesra sebab dia anggap dia tu tak layak dan tak sempurna,” katanya.








