Jana pendapatan golongan B40 Putrajaya sehingga RM5K, petani bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta | The Reporter

Jana pendapatan golongan B40 Putrajaya sehingga RM5K, petani bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta

Sumber Gambar: Tangkap layar Kementerian Ekonomi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Siapa sangka tanah yang sudah lama terbiar dapat dijadikan sumber pendapatan bagi golongan petani. Bukan Kawasan di kampung, tetapi tanah terbiar berkeluasan 20 ekar itu dimajukan dengan penanaman cili di Putrajaya.

Tanah berkenaan pada mulanya dalam perancangan untuk dijadikan sebagai depot monorel Putrajaya, namun sudah dibiarkan selama 15 tahun.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Kementerian Ekonomi, ladang cili 20 ekar ini diusahakan oleh Kementerian Eknomi melalui di bawah program IPR INTAN.

Ladang cili berkenaan sudah mula diusahakan pada Ogos tahun lepas dan pada musim pertama sudah dapat menghasilkan 40 tan cili bersamaan RM480,000.

“Dianggarkan pada musim kedua, hasil tuaian dapat dikutip sebanyak 100 tan cili bersamaan RM1.2 juta.

“Cili-cili ini dihasilkan oleh peserta IPR INTAN yang tiada pengalaman dalam Bertani. Kebanyakan mereka datang dari golongan B40,miskin, dan tiada pekerjaan tetap,” katanya.

Memberi contoh seorang lelaki yang dulu bekerja sebagai pemotong rumput dengan gaji RM 1,500, kini memperoleh pendapatan berganda sehingga RM5,000 sebulan dengan menyertai program tersebut.

“Peserta tak perlu keluarkan apa-apa modal untuk sertai program dan memikirkan ke mana hasil tuaian perlu dibawa. Peserta hanya perlu membenih, jaga pokok, dan menuai,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi untuk meningkatkan pendapatan masyarakat selain memanfaatkan tanah yang terbiar.

Related Posts