Datuk Bandar bangga, pengangkutan awam Jakarta di tangga ke-17 dunia atasi Kuala Lumpur | The Reporter

Datuk Bandar bangga, pengangkutan awam Jakarta di tangga ke-17 dunia atasi Kuala Lumpur

Datuk Bandar Jakarta Pramono Anung bergambar dengan latar belakang kesesakan jalan raya ibu kota, berkaitan laporan pengangkutan awam Jakarta diiktiraf ke-17 dunia.
Datuk Bandar bangga, pengangkutan awam Jakarta ke-17 dunia atasi Kuala Lumpur. | Kredit gambar: Portal VOI

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jakarta yang selama ini sering sinonim dengan kesesakan lalu lintas akhirnya mencatat satu pencapaian baharu. Bandar raya itu kini diiktiraf berada di tangga ke-17 dunia dalam kategori pengangkutan awam terbaik, berdasarkan penilaian global yang dijalankan oleh Time Out 2025.

Menurut Gabenor Jakarta, Pramono Anung, pengiktirafan ini diperoleh hasil kajian melibatkan lebih 18,000 responden dari seluruh dunia.

“Hasil survei menunjukkan Jakarta berada di tempat ke-17 daripada 50 bandar. Di rantau ASEAN pula, kita hanya di belakang Singapura, tetapi sudah lebih baik daripada Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok,” katanya ketika ditemui di Jakarta Pusat.

Baca juga:

Beliau turut berharap kedudukan tersebut menjadi pemangkin untuk mencapai tahap lebih tinggi.

“Kita ingin selepas ini Jakarta bukan sekadar nombor 17, tetapi masuk kelompok 10 terbaik dunia,” ujarnya.

19 bandar tersenarai sebagai terbaik

Antara bandar yang berada dalam kelompok utama menurut laporan Time Out 2025 termasuklah Hong Kong di tangga pertama, diikuti Shanghai, Beijing, Abu Dhabi, Taipei dan London. Singapura pula muncul sebagai satu-satunya bandar ASEAN yang menempatkan diri lebih tinggi daripada Jakarta.

Senarai penuh 19 bandar terbaik adalah seperti berikut:

  1. Hong Kong
  2. Shanghai, China
  3. Beijing, China
  4. Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
  5. Taipei, Taiwan
  6. London, Britain
  7. Vienna, Austria
  8. Seoul, Korea Selatan
  9. Mumbai, India
  10. Doha, Qatar
  11. Delhi, India
  12. Singapura
  13. Zurich, Switzerland
  14. Brighton, Britain
  15. Edinburgh, Britain
  16. Oslo, Norway
  17. Jakarta, Indonesia
  18. Warsaw, Poland
  19. Tallinn, Estonia
Tanda transformasi Jakarta

Bagi pemerhati tempatan, kedudukan ini membuktikan transformasi besar dalam sistem pengangkutan awam Jakarta sejak beberapa tahun kebelakangan.

Dari sebuah bandar yang sering dikritik kerana kesesakan jalan raya, kini ia mula diiktiraf di pentas antarabangsa sebagai bandar yang menawarkan kemudahan pengangkutan awam semakin baik.

Sumber: Detik News

Related Posts