'Itu maksiat yang paling berat' - Ustazah Asma' Harun tegur pasangan selebriti tayang aksi soft p#rn secara terbuka - The Reporter

‘Itu maksiat yang paling berat’ – Ustazah Asma’ Harun tegur pasangan selebriti tayang aksi soft p#rn secara terbuka

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini pasangan selebriti terkenal mencetuskan kontroversi apabila memuat naik aksi mesra mereka di laman sosial. Walau bagaimanapun artis tersebut telah memohon maaf dan menyatakan video tersebut merupakan satu tuntutan kerja yang perlu dilunaskan.

Hantaran tersebut turut menjadi perhatian pendakwah yang cuba menegur tindakan mereka yang dianggap bertentangan dengan nilai Islam.

Maksiat yang berat

Pendakwa bebas, Ustazah Asma’ Harun melalui satu kuliah yang disampaikan menyatakan perbuatan tersebut adalah dikira sebagai maksiat yang berat walaupun mereka adalah pasangan suami isteri.

“Baru-baru ini ada artis bagi alasan cari rezeki untuk melakukan perbuatan maksiat. Jelas maksiat, mendedahkan aurat dan melakukan ‘soft p#rn’ secara terbuka, siap ada cium, ada peluk, siap ada peluk sampai tahap cium leher. Itu adalah perbuatan maksiat yang sangat berat.

“Bila saya tengok, Astaghfirullah memang mengucap panjang walaupun suami isteri perbuatan itu adalah haram untuk dipertontonkan dan memang berdosa besar.

“Memang benar tidak ada aurat antara suami dan isteri, tidak ada batasan nak buat apa buatlah tetapi tertutup bukan terbuka, bukan dipertontonkan walaupun atas alasan cari rezeki. Cari rezeki keberkatan tergantung kepada bagaimana kita mencari rezeki,” katanya.

Takut lihat komen netizen yang menyebelahi selebriti

Beliau turut mengulas komen-komen yang ditinggalkan oleh sebahagian netizen yang cuba untuk menyokong tindakan pasangan berkenaan.

“Yang lebih saya takut daripada perbuatan artis tersebut adalah komen netizen. Saya terkejut. Sebahagiannya menegur dengan baik, sebahagian kecaman tapi sebahagian besar ‘backup’.

“Saya menyebut perbuatan saya tak sebut individu, saya tak sebut nama. Tetapi peringatan perlu diberikan sebab itu tolonglah, ayat backup ‘ tak payahlah, kita pun belum tentu penghujung macam mana, tak payahlah nak sibuk-sibuk tegur dosa orang’.

Ini adalah perkataan yang disebut oleh umat Nabi Luth. Akhirnya umat Nabi Luth diazab oleh Allah, dibenamkan ke dalam tanah yang diiktibar daripada laut mati,’ katanya.

Dalam satu kenyataan yang lain, Ustazah Asma’ Harun juga menjawab dakwaan sesetengah netizen yang mempertikaikan tindakannya yang tidak menegur secara peribadi artsis-artis tempatan, walau bagaimanapun, dia mendedahkan beliau sudah menegur secara peribadi (melalui mesej/pm) artis-artis Melayu dan bukan Melayu.

Tinjauan di media sosial milik artis tersebut mendapati dia telah memadam hantaran video tersebut.

Sumber: TikTok, Acap Official shop

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!