Isu viral: Kieda ke pejabat KKM, premis ditutup untuk sanitasi | The Reporter

Isu viral: Kieda ke pejabat KKM, premis ditutup untuk sanitasi

Premis Kieda ditutup untuk sanitasi
Kieda Crepe House sedang menjalani proses sanitasi. Gambar: TikTok Kieda crepe house

Baru-baru ini, usahawan terkenal Kieda Crepe mendakwa dirinya dijangkiti virus Herpes. Susulan pendedahan itu, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai tahap kebersihan produk makanan dan premis miliknya.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di TikTok, staf Kieda tampil memberi penjelasan bahawa usahawan tersebut tidak hadir ke premis perniagaannya sejak kebelakangan ini selepas dinasihatkan oleh doktor. Difahamkan, Kieda juga tidak terlibat dalam proses pengendalian makanan mahupun memasuki bahagian produksi di premis berkenaan.

Dalam perkembangan terbaharu, Kieda turut memuat naik video menunjukkan kedainya dikunjungi oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau turut memaklumkan bahawa dirinya akan ke pejabat KKM hari ini bagi memberi penjelasan berhubung isu tular tersebut.

“Kieda akan ke KKM untuk menjawab isu viral ini. Insya-Allah, semoga dipermudahkan urusanku dunia dan akhirat,” katanya.

https://www.tiktok.com/@kiedacrepehouse/video/7519824839666863367?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Selain itu, Kieda memaklumkan bahawa premis perniagaannya telah disanitasi dan akan ditutup buat sementara waktu bagi tujuan keselamatan dan kebersihan.

“Alhamdulillah, selesai proses sanitasi kedai hari ini. Hari ini #KiedaCrepeHouse tutup ya. Esok, Jumaat 27 Jun 2025, akan beroperasi seperti biasa dari jam 1 petang hingga 10 malam,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberi kata-kata semangat kepada Kieda serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Related Posts