Isu tular pemain bola sepak Indonesia: Zhiddin Aziz mohon KDN beri perhatian | The Reporter

Isu tular pemain bola sepak Indonesia: Zhiddin Aziz mohon KDN beri perhatian

Zhiddin Aziz beri kenyataan mengenai pemain bola sepak Indonesia di Malaysia
Zhiddin Aziz gesa tindakan dari KDN berhubung isu tular.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh, Zhiddin Aziz, memohon pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap seorang pemain bola sepak terkenal yang didakwa telah merendahkan maruah anggota polis.

Menurut Zhiddin, rakyat Malaysia kini berasa maruah negara tercalar berikutan tindakan pemain tersebut yang menuduh anggota polis Malaysia meminta rasuah ketika melakukan pemeriksaan di jalan raya.

“Saya mohon pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) beri perhatian dekat insiden ini kerana maruah rakyat Malaysia tengah tercalar. Seorang pemain bola sepak Indonesia datang ke negara kita, pandu lawan arus, dan apabila diperiksa polis, gagal menunjukkan pengenalan diri.

“Di Malaysia, kegagalan menunjukkan pengenalan diri ketika diperiksa boleh membawa tindakan undang-undang termasuk tangkapan, denda atau penjara,” kata Zhiddin.

Beliau turut menegaskan bahawa tuduhan terhadap polis Malaysia tidak berasas.

“Dia berani tuduh polis Malaysia nak ‘pau’ duit dia. Dia tak tahu polis Malaysia diwajibkan memakai kamera dan mikrofon badan. Bermakna memang tiada ruang untuk sebarang salah laku atau rasuah,” tambahnya.

Baca juga:

Beliau sekali lagi menegaskan dan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pemain bola sepak berkenaan.

“Ingatkan mereka anggota polis Malaysia bukan watak animasi boleh dipersendakan. Lain negara lain tata caranya,” katanya.

Zhiddin menekankan kepentingan menghormati undang-undang dan adat Malaysia.

“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau mengewak. Jika datang sebagai tetamu, beradablah sebagai tetamu. Jangan biadab. Undang-undang Malaysia bukan boneka untuk ditipu, bukan hiasan untuk disapu. Maruah polis Malaysia bukan lantai untuk dicalar sesuka hati. Renung peribadi, cermin diri,” katanya lagi.

Terdahulu, tular video yang melibatkan seorang pemain bola sepak terkenal dari Indonesia yang ditahan pihak polis atas dakwaan memandu lawan arus semasa berada di Malaysia. Semasa pemeriksaan dijalankan, pemain bola sepak tersebut gagal menunjukkan pengenalan diri. Malah, menerusi satu rakaman video, pemain bola sepak itu mendakwa anggota polis meminta rasuah.

Related Posts