Isu sijil halal: Pemimpin MCA kritik dasar JAKIM menyusahkan perniagaan bukan Islam? - The Reporter

Isu sijil halal: Pemimpin MCA kritik dasar JAKIM menyusahkan perniagaan bukan Islam?

Beberapa jam sebelum Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai pensijilan halal untuk restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol, rakan sejawatnya dari MCA, Wee Jeck Seng, juga menyuarakan pandangan yang serupa.

Namun, kenyataan Wee dikeluarkan dalam bahasa Cina dan media berbahasa Inggeris serta Melayu tidak begitu menonjolkan kenyataan Wee dan menyebabkan dia terselamat daripada kecaman yang diterima oleh Teresa Kok di media sosial.

Wee mengkritik dasar Jakim yang mencadangkan pensijilan halal sebagai sesuatu yang akan menyusahkan perniagaan bukan Islam.

Bagi Wee, keputusan untuk memohon pensijilan halal sepatutnya berada di tangan perniagaan, berdasarkan permintaan pasaran dan pertimbangan komersial mereka.

Beliau juga menegaskan, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama. Tindakan yang dibuat berdasarkan agama tertentu mungkin tidak adil kepada masyarakat lain.

Terdahulu, Teresa Kok berpendapat dasar pensijilan halal yang mandatori (wajib) akan meningkatkan beban operasi perniagaan dan mengundang kritikan antarabangsa. Dia juga menggariskan, restoran sayuran, dewan makan agama Buddha dan kedai makanan kesihatan, yang pelanggan utamanya terdiri daripada bukan Islam, seharusnya tidak terjejas oleh dasar ini.

Wee juga mengakui proses permohonan pensijilan halal adalah rumit dan memakan masa, yang boleh meningkatkan kos operasi dan menghalang kebebasan perniagaan pengendali bukan Islam.

Sumber: MalaysiaKini

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!