Isu harga barang: Jangan viralkan dulu, buat aduan terus kepada KPDN | The Reporter

Isu harga barang: Jangan viralkan dulu, buat aduan terus kepada KPDN

lapor aduan secara rasmi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kebiasaan pengguna menularkan ketidakpuasan hati mengenai harga dan kualiti makanan atau barangan di media sosial mungkin membawa kesan yang tidak diingini.

Ramai yang menggunakan platform ini dengan harapan ia menarik perhatian pihak berkuasa, namun tindakan tersebut sebenarnya memberi peluang kepada peniaga untuk mempersiapkan diri menghadapi sebarang tindakan penguatkuasaan.

Peniaga sempat sembunyi kesalahan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menggesa pengguna supaya menyalurkan aduan secara terus menggunakan saluran rasmi yang disediakan.

Pengarahnya, S Jegan berkata, tindakan mengemukakan aduan melalui media sosial atau pihak ketiga seperti persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memberikan masa kepada peniaga untuk ‘menyembunyikan’ sebarang salah laku yang dilakukan.

“Memang kita memantau dan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima melalui media sosial. Namun, apabila maklumat tersebut telah tular terlebih dahulu, kadang-kadang apabila kita melakukan serbuan, peniaga sudah bersedia,” katanya memetik laporan dari Berita Harian pada Isnin, 28 Oktober 2024.

Semua aduan akan disiasat

Jegan turut menegaskan, semua aduan yang diterima akan disiasat dengan teliti, termasuk memeriksa dokumen serta rekod berkaitan untuk tiga tahun kebelakang. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan sama ada kenaikan harga yang dilaporkan adalah munasabah atau sebaliknya.

“Kita akan meneliti sebab kenaikan harga tersebut. Jika terdapat alasan yang logik, tiada tindakan akan diambil. Tetapi, walau berapa pun harga, tanda harga mesti dipamerkan dengan jelas kerana ia amat penting,” ujarnya.

Related Posts