'Kalau selalu jadi sasaran Pemuda UMNO, baik tak payah pasang bendera' - Rafizi | The Reporter

‘Kalau selalu jadi sasaran Pemuda UMNO, baik tak payah pasang bendera’ – Rafizi

Gambar Rafizi Ramli dengan inset gambar seorang lelaki berjaket merah, dipercayai Ketua Pemuda UMNO, dalam suasana temubual.
“Kalau selalu jadi sasaran Pemuda UMNO, baik tak payah pasang bendera” – Rafizi.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengingatkan semua pihak supaya tidak terburu-buru menghukum dalam isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada ia dilakukan secara sengaja atau tidak.

Beliau berkata, bendera tidak bersalah, sebaliknya sikap segelintir pihak yang keterlaluan menjadi punca kekecohan.

“Bendera tak salah, yang salah manusia yang lebih-lebih. Bendera terbalik ini ada banyak kemungkinan. Salah satu ialah benar-benar silap, tak banyak orang berani dengan sengaja pasang bendera terbalik sebab takut dengan Ketua Pemuda UMNO. Habis nanti satu gerombolan dia bawa tunjuk perasaan,” katanya dalam video dimuat naik di TikToknya, semalam.

Baca juga:

Rafizi berkata, setiap kejadian yang dilaporkan wajar disiasat secara menyeluruh dan hasil siasatan perlu menjadi asas tindakan.

“Kalau dipercayai sengaja, ada peruntukan untuk didakwa dan biar mahkamah yang putuskan tertuduh itu benar-benar sengaja ataupun tersilap. Kalau siasatan dari awal menunjukkan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan, tak payahlah buat jadi isu.

“Sebab kalau saya rakyat, terutamanya orang bukan Melayu, saya susah payah nak pasang bendera sebab itu cara saya nak zahirkan kecintaan kepada negara. Kalau selalu jadi sasaran Pemuda UMNO, lepas ini baik tak payah langsung pasang bendera,” katanya.

@rafiziramli

Bendera buat kecoh lagi! Bendera tak salah, yang salah manusia yang lebih-lebih. Bendera terbalik ni ada banyak kemungkinan. Salah satu ialah benar-benar silap, tak banyak orang berani dengan sengaja pasang bendera terbalik sebab takut dengan Ketua Pemuda Umno! Habis satu gerombolan dia bawa tunjuk perasaan nanti. Sebab itu, bagi setiap kejadian yang dilaporkan, biarlah siasatan dibuat dan pihak berkuasa tentukan: adakah sengaja atau tersilap. Kalau dipercayai sengaja, ada peruntukan untuk didakwa, boleh dakwa dan biar mahkamah putuskan tertuduh itu benar-benar sengaja atau tersilap. Kalau siasatan dari awal menunjukkan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan, tidak payahlah buat jadi isu. Sebab kalau saya rakyat, terutamanya orang bukan Melayu, saya susah payah nak pasang bendera sebab itu cara saya nak zahirkan kecintaan kepada negara, kalau selalu jadi sasaran Pemuda Umno, lepas ni baik tak pasang langsung bendera. Kepada ahli politik yang muda-muda, nilai kita terletak kepada ilmu dan wawasan membaiki masyarakat yang kita bawa. Masa muda ni mungkin boleh buat nama dengan stokin, bendera, lepas ni kasut, selipar dan topi. Bila sudah berumur, orang akan gelak dekat kita sebagai ahli politik stokin, bendera, kasut, selipar dan topi! Jadi berpada-padalah! Dulu ada satu zaman Pemuda Umno gah menghunus keris semasa perhimpunan. Yang keris itulah yang jadi ingatan orang hingga menjadi salah satu sebab Umno ditolak sebahagian pengundi. #rafiziramli #benderaMalaysia #BenderaTerbalik #BenderaKita #IsuSemasa

♬ original sound – Rafizi – Rafizi
Ingatkan ahli politik muda

Rafizi turut menasihatkan ahli politik muda supaya nilai diri diukur melalui ilmu dan wawasan, bukannya menonjolkan isu remeh.

“Kepada ahli politik yang muda-muda, nilai kita ini terletak pada ilmu dan wawasan kita untuk membaiki masyarakat yang kita nak bawa. Masa muda ini mungkin bolehlah buat nama dengan cerita stokin, bendera, mungkin lepas ini kasut, selipar dan topi.

“Tapi bila berumur, orang akan gelak dekat kita kalau sebagai ahli politik kita ini hanyalah pasal stokin, pasal bendera. Jadi berpada-padalah.”

Beliau turut mengimbau tindakan Pemuda UMNO pada satu ketika dahulu yang menghunus keris dalam perhimpunan, yang menurutnya menjadi antara faktor penolakan pengundi terhadap parti itu.

“Dulu ada satu zaman Pemuda UMNO gah menghunus keris semasa perhimpunan. Yang keris itulah yang jadi ingatan orang hingga menjadi salah satu sebab utama UMNO ditolak sebahagian pengundi yang akhirnya kalah,” katanya.

Sumber: TikTok Rafizi Ramli

Related Posts