'Isteri saya yang pinangkan' - Sanusi akui berkahwin kali kedua dengan anggota polis - The Reporter

‘Isteri saya yang pinangkan’ – Sanusi akui berkahwin kali kedua dengan anggota polis

Sumber Gambar: Facebook Sanusi Md Nor

Susulan spekulasi mengenai perkahwinan keduanya, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui dakwaan itu.

Katanya, dia sudah berkahwin dengan seorang anggota polis yang berstatus ibu tunggal anak satu baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pengakuan dibuat kerana tidak mahu lagi kisah peribadinya terus menjadi bualan sehinggakan ada yang mendakwa beliau ditangkap khalwat.

Peminangan juga katanya dibuat oleh isteri pertamanya sendiri dan semasa majlis perkahwinan, isteri dan anak-anak turut hadir bersama.

“Ada ka saya kena tangkap khalwat, tak patut sungguh, saya kahwin dengan anggota polis, isteri saya (Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh) pergi meminang dia, pinangan itu dibuat berbulan-bulan dah.

“Saya pun kasihan tengok hangpa (wartawan) ligan (kejar) saya… saya pun kasihan, saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi, depa kata tok lebai Pas ni kira menikah je kan?” katanya.

Perkenalan beliau dengan isteri baharu katanya bermula semasa siasata kes sebuah kabin kontena kosong yang dijadikan stor dalam kawasan kediaman rasmi menteri besar terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!